Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha

Diposting pada

Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha

Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan bersama kira-kira 3,000 jemaah.

Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta pembesar negeri Pahang.

Baginda dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam 1 Ustaz MOhd Khalil Mohd Zari manakala Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, Ustaz Datuk Badli Shah Alaudin, bertindak sebagai khatib.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda sebaik selesai khutbah Aidiladha.

Selesai mengerjakan solat sunat, Seri Paduka bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan menunaikan ibadah korban dengan menumbangkan tiga ekor lembu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.