Yahudi langgar arahan, cemari sambutan Aidiladha

Diposting pada

Yahudi langgar arahan, cemari sambutan Aidiladha

Yahudi langgar arahan, cemari sambutan Aidiladha

KETIKA semua umat islam di seluruh dunia sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan lain pula ceritanya di Palestin.

Sejumlah umat Islam di Palestin cedera selepas bertempur dengan polis Israel di perkarangan kawasan Masjid Al-Aqsa.

Ia berikutan kaum Yahudi Israel juga sedang menyambut hari kebesaran mereka di Tisha B'av di kawasan yang sama.

Perkara tersebut mencetuskan provokasi dan huru-hara yang akhirnya gagal dikawal oleh pihak polis sehingga menyebabkan pertempuran kedua-dua penganut agama itu.

Hal ini kerana, ribuan penduduk Palestin menunaikan solat hari raya di Masjid Al-Aqsa.

Sebelum ini, polis telah mengeluarkan arahan kepada masyarakat Yahudi agar memberi laluan kepada umat Islam untuk menyambut Aidiladha.

Mereka dibenarkan melawat kawasan terbabit namun dilarang melakukan ibadat bagi mengelakkan ketegangan, namun arahan itu tidak dipedulikan orang Yahudi.

Perkarangan kompleks Al-Aqsa yang merangkumi lokasi Kubah Batu adalah antara kawasan paling sensitif dalam konflik Israel-Palestin.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.