Wow! 11 hari tayangan, BoBoiBoy Movie 2 raih RM21 juta!

Diposting pada

Wow! 11 hari tayangan, BoBoiBoy Movie 2 raih RM21 juta!

Wow! 11 hari tayangan, BoBoiBoy Movie 2 raih RM21 juta!

FILEM animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus meraih sokongan ramai peminat filem tempatan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.

Berita gembira ini dikongsikan menerusi platform media sosial Astro Shaw sebentar tadi.

"Wow! 11 hari tayangan, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mengutip RM21 juta! Syukur #BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM21 juta selepas 11 hari tayangan di Malaysia!

"Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan. Dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda sekarang. Kini di pawagam!" tulis pengendali akaun terbabit.
 

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[#BoBoiBoyMovie2 – Wow!

Sebelum ini, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.

Difahamkan filem pertama BoBoiBoy terdahulu mengambil masa 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta, berbeza dengan filem kali ini yang memerlukan masa hanya lapan hari sahaja. Hebat!

Jadi, apa tunggu lagi? Kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket, serang panggung berdekatan dan dapatkan sekarang!

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.