Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin

Diposting pada

Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin

Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin

KUALA LUMPUR : Bagi peminat kumpulan Westlife yang hadir menyaksikan konsert jelajah mereka di ibu negara pasti tidak dapat melupakan pengalaman manis itu.

Mana tidaknya, ia bagaikan mimpi jadi kenyataan buat jutaan peminat mereka lebih-lebih lagi selepas kumpulan itu umumkan perpecahan pada 2012.

Namun, dalam kerancakan konsert yang berlangsung selama dua hari itu, (8 dan 9 Ogos), kumpulan itu menggunakan kuasa selebriti mereka untuk menyampaikan mesej agar semua pihak sama-sama berusaha mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan sejak Ahad lalu.

BACA: Bagaikan mimpi… Westlife ubati rindu peminat!

BACA: Dimana Nora Anne?: SAR guna teknologi kesan haba remaja Ireland hilang

Dalam satu pengumuman pada konsert tersebut pada Khamis yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Nick Bryne menggesa orang ramai untuk membantu mencari Nora.

“Kami pasti ahli keluarga Nora mengharapkan dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

“Ahli keluarga Nora juga pasti akan berterima kasih atas pertolongan anda semua. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Sementera itu, Westlife menerusi perkongsian di Twitter mereka juga menggesa followers mereka untuk berusaha bersama-sama mencari Nora.

Terdahulu, dalam kejadian pada Ahad, gadis berasal dari Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

BACA: Ratusan jemaah tunai solat hajat mohon beri petunjuk jejaki Nora Anne

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi.

BACA: Dua malam konsert Westlife di Malaysia Ogos ini!

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.