Warga Pakistan patah kaki lompat dari tingkat 3 bangunan

Diposting pada

Warga Pakistan patah kaki lompat dari tingkat 3 bangunan

Warga Pakistan patah kaki lompat dari tingkat 3 bangunan

IPOH: Seorang warga Pakistan patah kaki selepas melompat dari tingkat tiga sebuah kediaman ketika cuba melarikan diri dari operasi Jabatan Imigresen di sini pada Selasa.

Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, tindakan mangsa berusia 25 tahun itu menyebabkan pergelangan kakinya patah.

Menurutnya, mangsa adalah antara 21 warga asing yang diberkas dalam Op Bersepadu selama lima jam di 11 lokasi di sekitar Ipoh bermula jam 2 petang semalam.

"Operasi ini dijalankan berdasarkan maklumat orang ramai dan risikan dibuat oleh Imigresen Perak.

"Maklumat awal yang diterima, lokasi-lokasi ini disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kamalludin berkata, dalam serbuan itu, seramai 70 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara.

Warga Pakistan yang melompat keluar dari tingkat tiga kediaman ketika cuba melarikan diri dari Operasi Jabatan Imigresen Perak di Ipoh, pada Selasa. Gambar ihsan Jabatan Imigresen Malaysia Perak

Menurutnya, daripada 21 orang yang ditahan, lima adalah lelaki Bangladesh, seorang lelaki dan empat wanita Indonesia, dua lelaki dan seorang wanita Myanmar serta lapan lelaki Pakistan, kesemuanya berumur antara 21 dan 52 tahun.

"Siasatan awal mendapati warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini," ujarnya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.