Wanita menari atas tong dalam pesta bogel di Pulau Perhentian? Ini reaksi polis Besut

Diposting pada

Wanita menari atas tong dalam pesta bogel di Pulau Perhentian? Ini reaksi polis Besut

Wanita menari atas tong dalam pesta bogel di Pulau Perhentian? Ini reaksi polis Besut

BESUT: Polis Terengganu menafikan wujudnya penganjuran pesta separuh bogel di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata hasil siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada aktiviti seperti dakwaan itu berlaku di pulau peranginan tersebut.

Menurut Mohd Zamri sebaliknya video yang tersebar itu merupakan video lama.

“Gambar yang dimuatnaik itu adalah gambar lama tahun 2017 lagi. Tarian tu dibuat seorang ‘pondan’ dan  tidak dianjur oleh siapa-siapa pun.

“‘Pondan' itu dalam keadaan mabuk dan secara spontan saja dia menari di tepi pantai di atas tong. Gambar itu dimuatnaik pada tahun  2017 lagi berlaku.

“‘Pondan' itu pun kita telah kenal pasti dah tidak ada siapa yang menganjurkan pesta arak dan tarian bogel di Pulau Perhentian. Tidak ada mana-mana resort, mana-mana bar yang menganjurkannya,” jelas Mohd Zamri ketika ditemui hari ini.

Sejak Ahad lalu tular di media sosial mengenai video dan gambar wanita menari dalam keadaan separuh bogel bersama lelaki di sebuah chalet. - Foto ihsan pembaca

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya juga mendapati video itu dimuatnaik seorang pemilik laman sosial kerana tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya siasatan lanjut masih dijalankan dan  pihak polis sedang mengenal pasti pemilik sebenar akaun laman sosial tersebut.

“Dia tidak berpuas hati dengan pihak PBT yang tidak membenarkan dia buka pusat urut di pulau, maka penduduk pulau pun tidak suka, peniaga-peniaga pun tidak suka dia berniaga.

“Dia tidak berjaya, dia menaikkan  gambar itu dengan tujuan dia untuk memburuk-burukkan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Besut dan Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya lagi.

Sejak Ahad lalu tular di media sosial mengenai video dan gambar wanita menari dalam keadaan separuh bogel bersama lelaki di sebuah chalet di pulau peranginan berkenaan.

Berdasarkan dua video masing-masing berdurasi 30 saat dan sembilan saat itu turut memperlihatkan sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian separuh bogel melakukan aktiviti serupa.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.