Wanita melecur, sembilan kedai musnah dalam kebakaran di Nilai 3

Diposting pada

Wanita melecur, sembilan kedai musnah dalam kebakaran di Nilai 3

Wanita melecur, sembilan kedai musnah dalam kebakaran di Nilai 3

SEREMBAN: Seorang wanita melecur manakala sembilan buah premis perniagaan di kawasan Perindustrian Nilai 3 di sini, musnah dalam satu kebakaran awal hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai Bakarya Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.15 pagi.

Katanya seramai 30 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Seremban 2, Mantin dan Seremban bergegas ke lokasi bersama tujuh jentera dan tiba di lokasi pukul 9.25 pagi.

"Kebakaran melibatkan sembilan kedai termasuk kedai runcit, kedai karpet, kedai perabot, kedai makan dan kedai lampu.

"Pihak kami mengambil masa 30 minit bagi mengawal kebakaran rumah kedai agar tidak merebak ke kedai bersebelahan, Kebakaran dapat dipadamkan setengah jam kemudian. Bagaimanapun, operasi membuat kerja-kerja 'smoke management' dengan menjalankan 'vertical ventilation masih dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Bakarya berkata mangsa Sim Pei Shi, 29, melecur tiga peratus di bahagian lengan, tangan kiri dan luka di bahagian kepala.

"Mangsa telah diberi pra-rawatan di tempat kejadian oleh pihak bomba dan pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ).

"Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian Malim Pontin, 58, yang merupakan pekerja kedai runcit, ketika sedang membuka kedai tersebut, satu letupan kecil berlaku di kotak fius dan api marak terlalu cepat.

"Beliau bersama rakan yang lain cuba padamkan api dengan menggunakan alat pemadam api tetapi tidak berjaya lalu meminta orang ramai menghubungi talian kecemasan MERS 999 bagi meminta bantuan pihak bomba," katanya.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.