Wanita berang, rimas rumahnya 'diserang' ribuan lalat

Diposting pada

Wanita berang, rimas rumahnya 'diserang' ribuan lalat

Wanita berang, rimas rumahnya 'diserang' ribuan lalat

SEBUAH rumah yang dimiliki seorang wanita di Pengam Green, Cardiff, Wales diserang ribuan ekor lalat sehingga dia tidak mampu melakukan sebarang rutin sejak dua bulan lalu.

Memetik laporan Wales Online, Julie Crichton, 51 tahun, berkata dia turut berhenti menjemput tetamu ke rumahnya disebabkan insiden berkenaan.

“Ia sangat mengerikan. Keadaan ini sudah berlarutan sejak dua bulan. Macam-macam sudah saya lakukan.

“Saya memasang perangkap lalat, skrin di pintu, namun lalat tetap memasuki rumah saya. Saya tidak boleh memasak. Adakalanya hendak meminum secawan kopi pun tidak boleh,” katanya.

Menurut Julie, dia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membeli alat membunuh lalat dan perangkap serta peralatan membersih termasuk membeli makanan.

“Lalat-lalat itu sentiasa ada. Tiada langsung masa ‘berehat’. Ia memenuhi setiap ruang rumah termasuk bilik tidur terutamanya di bahagian dapur.

“Tidak kira bersih mana pun saya mengemas, lalat-lalat itu sentiasa ada. Saya membelanjakan lebih £100 (RM505) tahun lalu.

“Saya tidak akan sesekali menjemput tetamu ke rumah kerana ia membuatkan saya merasakan semuanya dalam keadaan tidak bersih, tetapi sebenarnya tidak. Ini sungguh memalukan,” jelasnya.

Terdahulu, menurut laporan di akhbar tempatan, terdapat beberapa kawasan yang turut terlibat dalam situasi itu termasuk Splott, Tremorfa dan Pengam Green.

Dalam pada itu, jurcakap Natural Resource Wales, masalah itu berkait dengan bekas sisa makanan di pusat tapak pemprosesan di Celsa yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan terlibat.

Dipercayai, tin makanan yang belum dibersihkan dihantar ke pusat kitar semula dan ia sekali gus menarik perhatian serangga berkenaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.