Utusan perlu jadi khazanah negara – Johan Jaaffar

Diposting pada

Utusan perlu jadi khazanah negara – Johan Jaaffar

Utusan perlu jadi khazanah negara - Johan Jaaffar

PETALING JAYA: Utusan Malaysia perlu diiktiraf sebagai satu khazanah negara, bukan hanya satu institusi Melayu yang penting, kata Tan Sri Johan Jaaffar.

Menurut Tokoh Wartawan Negara itu, akhbar itu perlu menjadi suara bicara rakyat Malaysia kerana realiti masyarakat sudah berubah, begitu juga dengan tuntutan orang Melayu.

Utusan, kata beliau, perlu mengambil kira perubahan realiti yang berlaku di sekeliling mereka untuk terus kekal relevan.

"Anak-anak muda Melayu sekarang, apa keperluan dia membaca Utusan? Apa keperluan dia membaca surat khabar? Ini persoalan yang kita perlu tanyakan.

"Utusan juga tidak seharusnya menumpukan kepada sensasi politik sahaja, banyak benda yang boleh kita jual," katanya kepada Astro AWANI.

BACA: Utusan tidak boleh harapkan simpati semata-mata – Johan Jaaffar

BACA: Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar – Johan Jaaffar

Akhbar harian berbahasa Melayu tertua di negara ini itu, ditubuhkan pada 1939 sebagai Utusan Melayu, dengan penerbitan pertamanya dalam tulisan Jawi dan telah beroperasi selama 80 tahun.

Kumpulan itu baru-baru ini mengumumkan tidak dapat memenuhi keperluan Bursa Malaysia untuk menaikkan status Nota Amalan 17 (PN17) daripada 20 Ogos, 2018, justeru berdepan kemungkinan dinyahsenaraikan daripada bursa tempatan.

Bagaimanapun, Lembaga Pengarah Utusan kemudiannya menafikan desas-desus pasaran bahawa kumpulan itu akan menghentikan operasinya selepas minggu ini dan menegaskan ia akan beroperasi seperti biasa.

Dalam satu pengumuman pada Rabu, syarikat berkenaan mengisytiharkan akan terus beroperasi dan menerbitkan akhbarnya, iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo!.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.