UTM sahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina ditutup sementara

Diposting pada

UTM sahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina ditutup sementara

UTM sahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina ditutup sementara

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini mengesahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina di sini ditutup sementara selepas diarahkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Menerusi satu kenyataan di sini, UTM berkata pihaknya memandang serius tentang perkara itu dan bertanggungjawab menyedia, mewujud dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh warga UTM dan semua pihak yang berurusan dengan UTM.

"UTM akur dengan teguran JKKP Johor dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

"Pusat Penyelidikan terbabit telah ditutup sementara waktu bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan seperti yang dikehendaki," kata universiti itu.

Pihak universiti menjangkakan akan dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan dan membuka semula pusat penyelidikan tersebut September ini tertakluk kepada kelulusan dari JKKP Johor.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan bila pusat itu diarahkan tutup.

Semalam, sebuah laporan portal melaporkan pusat penyelidikan itu diarahkan tutup kerana didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.