Umat Islam perlu hayati pengertian di sebalik ibadah korban – TPM

Diposting pada

Umat Islam perlu hayati pengertian di sebalik ibadah korban – TPM

Umat Islam perlu hayati pengertian di sebalik ibadah korban - TPM

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan agar menghayati pengertian di sebalik ibadah korban.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain ketaqwaan kepada Allah, umat Islam perlu sentiasa bersatu padu sekaligus mengelakkan perpecahan berlaku.

“Kita harus mengetepikan segala kepentingan diri bagi kebaikan masyarakat seterusnya memupuk semangat cintakan negara bagi mencapai keharmonian.

“Justeru itu, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan berpimpin tangan demi mengeratkan perpaduan berbilang bangsa seterusnya menterjemah budaya toleransi dalam konteks bermasyarakat,” katanya dalam perutusan Aidiladha di laman Facebooknya.

 

Jelas Wan Azizah, seperti mana peristiwa yang tercatat dalam Al-Quran,Surah As-Saffar Ayat 101 hingga 111 mengisahkan pengorbanan Nabi Ibrahim AS menyembelih putera kesayangannya Nabi Ismail AS demi mentaati perintah Allah SWT adalah manifestasi lambang ketundukan, ketaatan dan kepatuhan yang tinggi seorang hampa kepada perintah penciptanya.

Justeru makna perjuangan dan pengorbanan tidak semudah ungkapan namun ujarnya ia memerlukan keazaman yang tinggi dalam menterjemahkannya dalam bentuk perlaksanaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.