UFC 241: 'Berehat' selama tiga tahun, Nate Diaz kembali dan menang bergaya

Diposting pada

UFC 241: 'Berehat' selama tiga tahun, Nate Diaz kembali dan menang bergaya

UFC 241: 'Berehat' selama tiga tahun, Nate Diaz kembali dan menang bergaya

SELEPAS tiga tahun tidak beraksi di pentas Octagon, petarung MMA dari Amerika Syarikat, Nate Diaz akhirnya membuat kemunculan di acara UFC 241 di Anaheim, California.

Bertarung dalam kategori welterweight, lawan Diaz adalah Anthony Pettis yang juga merupakan petarung di kedudukan ketujuh dalan system ranking welterweight UFC. Pettis juga merupakan bekas juara UFC bagi kategori lightweight.

Pusingan pertama bermula pantas dengan kedua-dua petarung saling bertukar beberapa kombinasi tumbukan.

Namun ketika hampir di penghujung pusingan pertama, Diaz berjaya menjatuhkan Pettis dan membawa pertarungan ke kanvas sehingga tamat pusingan pertama.

Pusingan kedua juga penuh dengan aksi. Bermula dengan aksi 'stand up', mereka terus melancarkan serangan kepada lawan masing-masing.

Apa yang menarik adalah hampir separuh pusingan dipusingan kedua, mereka bertarung dalam kedudukan 'clinch'.

Mereka saling bertukar tumbukan dan serangan lutut, sekali gus membuatkan penonton di stadium bersorak melihat aksi mereka.

Pusingan ketiga bermula garang buat Diaz. Tendangan lutut Diaz berjaya mengena tepat ke kepala Pettis membuatkannya tersentak seketika.

Walau bagaimana pun Pettis berjaya pulih dari serangan itu. Aksi 'grappling' yang diselang seli dengan 'ground and pound' pula menjadi pilihan kedua-kedua petarung sehingga akhir pusingan ketiga.

Beberapa cubaan kuncian juga dilakukan oleh kedua-dua petarung namun tidak ada satu pun cubaan kuncian berjaya.

Pemenang pertarungan terpaksa ditentukan oleh keputusan juri. Selepas tiga pusingan yang penuh dengan aksi, juri secara sebulat suara memilih Nate Diaz sebagai pemenang.

Dengan kemenangan ini, laluan Diaz dalam divisyen welterweight kelihatan cerah dengan pelbagai potensi pertarungan yang menarik boleh dianjurkan UFC.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.