TWICELIGHTSinKL: ONCE Malaysia buat Dahyun menitis air mata

Diposting pada

TWICELIGHTSinKL: ONCE Malaysia buat Dahyun menitis air mata

TWICELIGHTSinKL: ONCE Malaysia buat Dahyun menitis air mata

LIRIK lagu yang dinyanyikan kumpulan sensasi K-Pop, TWICE berbunyi…

"I'm like TT, just like TT…"

Ia sesuai menggambarkan perasaan ahli kumpulan TWICE, Dahyun pada Sabtu.

‘Rapper’ kumpulan tersebut menitiskan air matanya semasa ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert) dalam Konsert Jelajah Dunia 2019 ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur.

Ia susulan kelapan-lapan anggota tersebut menonton video yang disediakan ONCE (nama fandom TWICE) Malaysia yang menceritakan keterujaan mereka apabila mendapat tahu bahawa idola mereka akan mengadakan Konsert Jelajah Dunia 2019 ‘TWICELIGHTS’ di Kuala Lumpur.

Video itu kemudiannya berakhir dengan lirik lagu "Be As One" dan stadium tersebut bergema dengan nyanyian ONCE.

Suasana konsert tersebut bertukar pilu apabila mereka memberi reaksi terhadap video berkenaan dan mengakhiri komen mereka dalam Bahasa Melayu.

Apabila tiba giliran Dahyun untuk memberikan komen, air matanya bergenang dan kemudiannya mengalir membasahi pipi.

Dahyun tidak dapat menahan sebak kerana video yang disediakan menyentuh hatinya dan beliau teringat akan Mina yang tidak dapat menyertai mereka pada konsert di Kuala Lumpur kali ini.

Mina tidak dapat bersama kerana masih belum sembuh daripada gangguan kebimbangan (anxiety) and perasaan gusar untuk membuat persembahan.

“Mina ‘eonni’ tidak dapat menyertai kami tetapi dengan ‘Candy Bong’ yang bersinar pada malam ini, saya merasakan kehadiran beliau bersama kami di sini.

“Terima kasih kerana menunggu kami dan TWICE akan kembali lagi. Sila tunggu kami.

“Terima kasih. ONCE, anda yang terbaik!” katanya dalam bahasa Melayu yang mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.

TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015 di bawah syarikat pengurusan JYP Entertainment.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.