Tunku Azizah curi tumpuan netizen, mencemar duli di Live IG Rizalman

Diposting pada

Tunku Azizah curi tumpuan netizen, mencemar duli di Live IG Rizalman

Tunku Azizah curi tumpuan netizen, mencemar duli di Live IG Rizalman

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan netizen di media sosial apabila mencemar duli mengadakan siaran langsung di Instagram (Live IG) pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim malam tadi.

Terdahulu Rizalman mengadakan Live IG bersama pengikutnya dan bercerita mengenai pengalamannya menguruskan balairung seri dan busana Raja Permaisuri Agong untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu.

Raja Permaisuri Agong kemudiannya menyapa Rizalman seterusnya mencemar duli di Live IG bersama anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika santap durian dan pisang goreng.

Raja Permaisuri Agong sempat bergurau dengan Tengku Hassanal bertanyakan mengenai sama ada anakandanya sudah berpunya atau tidak memandangkan ramai yang mempuji ketampanannya ketika hari pertabalan.

"Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak dan kena siapkan pakaian anakanda saya dari kepala sampai kaki, sebab dia (Tengku Hassanal) sekarang saya yang uruskan semua," titah Raja Permaisuri Agong.

BACA: Saya dan Tuanku umpama satu roh, dua jasad – Rizalman Ibrahim 

BACA: The Royal Tailor! Datuk Rizalman kongsi suasana belakang tabir fotografi Sultan Pahang

Sebelum ini Raja Permaisuri Agong mencuri tumpuan di media sosial apabila mencemar duli memasak lima jenis lauk di rumah Rizalman.

Lima jenis lauk itu adalah gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering.

Bagaimanapun, sesi Live IG itu terputus selang beberapa minit kerana gangguan teknikal.

BACA: Jelita dan bijak, ini puteri-puteri raja Pahang

BACA: Kenali putera-putera raja Pahang yang tampan

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

cepat tonton rakaman LIVE di ig story saya sembang petang bersama RPA hanya 24 jam sahaja hayatnya hanya di @rizalman71

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Sumber: IG Rizalman, Kosmo!

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.