[Tun Siti Hasmah pandu Proton Saga Merah, foto perasmian Jambatan Pulau Pinang ini unda…

Diposting pada

[Tun Siti Hasmah pandu Proton Saga Merah, foto perasmian Jambatan Pulau Pinang ini unda…

Tun Siti Hasmah pandu Proton Saga Merah, foto perasmian Jambatan Pulau Pinang ini undang nostalgia

PADA 3 Ogos 2019, mercu tanda kebanggaan Malaysia, Jambatan Pulau Pinang meraikan ulang tahun yang ke-34.
 
Menerusi laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka telah berkongsi beberapa keping foto ketika majlis pelancaran jambatan ikonik yang diadakan pada tahun 1985.
 
Ketika itu, sebuah majlis makan telah diadakan di atas jambatan tersebut dan pengunjung dibenarkan untuk berjalan-jalan di sepanjang jambatan yang berukuran 13.5 kilometer itu.

Foto FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir
 
Memulakan pembinaannya pada April 1982, jambatan ini mendapat sentuhan jurutera sivil, mendiang Tan Sri Prof. Chin Fung Kee yang mengambil contoh rekaan Golden Gate Gridge di San Francisco, Amerika Syarikat. 
 
Jambatan yang menghubungkan tanah besar Perai ke Gelugor merentasi selat Pulau Pinang itu turut menempatkan perkhidmatan feri.
 
Lebih istimewa apabila laman Facebook tersebut turut berkongsi momen isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memandu kereta nasional pertama negara, Proton Saga merah merentasi jambatan itu sebagai simbolik perasmian.

Foto FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir

 
Entri yang menerima hampir 400 perkongsian itu turut mengundang nostalgia netizen apabila ada yang berkongsi kenangan menghadiri majlis perasmian jambatan kelima terpanjang di Asia Tenggara itu. 
 
“Saya bertuah kerana menjadi antara salah seorang yang dapat berjalan di atas jambatan itu ketika majlis perasmiannya. 
 
"Waktu itu saya berumur 5 tahun. Saya tidak mengenali Tun Mahathir ketika itu. Terima kasih kerana meringankan beban warga Pulau Pinang,” tulis seorang netizen mengimbau memori. 

Arkib Negara
 
Merupakan antara mercu pelancongan negeri itu, kini pengunjung masih berpeluang berjalan di atas jambatan itu tetapi hanya ketika program Penang Bridge International Marathon yang diadakan setiap tahun. – Sumber Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad
 

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.