Tun M kembali ke Noi Bai, Vietnam selepas 23 tahun

Diposting pada

Tun M kembali ke Noi Bai, Vietnam selepas 23 tahun

Tun M kembali ke Noi Bai, Vietnam selepas 23 tahun

HANOI: Selepas 23 tahun dilancarkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali melawat Zon Perindustrian Noi Bai di Hanoi, Vietnam.

Kawasan perindustrian terbesar dan pertama di Vietnam itu dilancarkan beliau pada 8 Mac 1996 bersama rakan sejawatannya ketika itu, Vo Van Kiet.

Penubuhan kawasan perindustrian sulung di Vietnam ini adalah atas cadangan beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4.

Beliau diminta berkongsi perasaannya apabila berpeluang melawat kawasan berkenaan selepas kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Menurut Dr Mahathir, beliau kagum dengan kemajuan dan pembangunan pantas di kawasan berkenaan selepas kerajaan Vietnam meminta nasihatnya untuk membantu pembangunan negara terbabit.

Jika pada tahun 90-an, kerajaan Vietnam memohon bimbngan dan bantuan Malaysia untuk membangunkan  negara dan rakyat, kini kata Perdana Menteri, negara sosialis itu berkembang pesat dan banyak perkara perlu dicontohi.

"Saya kagum dengan kemajuan dan pembangunannya dan saya berpendapat kemajuan pesat diraih Vietnam adalah disebabkan kerajinan dan tidak memlihi bidang pekerjaan," kata beliau.

Tambah Perdana Menteri, kerana minat belajar dan gemar menerokai pelbagai kemahiran dan kepakaran menjadikan rakyat Vietnam, yang dahulunya miskin kini kaya.

Sebanyak 46 pelabur termasuk empat syarikat usaha sama Malaysia dengan beberapa syarikat luar dan tempatan beroperasi di kawasan perindustrian seluas 114 hektar itu dan menawarkan 22,000 peluang pekerjaan.

Lawatan ke kawasan perindustrian Noi Bai mengakhiri lawatan rasmi  tiga hari Dr Mahathir  ke Vietnam sebelum berlepas pulang ke tanah air pada pukul 3 petang.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.