Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Diposting pada

Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar memimpin negara, malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut bekebolehan mendeklamasikan puisi.

Itu yang digambarkan melalui sebuah video 'Hidup Bersama' sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini. Puisi yang dideklamasikan oleh Perdana Menteri merupakan nukilan Datuk Seri A. Samad Said.

Video berkenaan turut menggambarkan kehidupan seharian rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang sama-sama berusaha untuk menjadikan masa depan yang lebih baik.

'Hidup Bersama' merupakan sebahagian daripada kempen "Perjalanan Anda, Dedikasi Kami", tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang diangkat syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, Malaysia mempunyai kekuatannya tersendiri iaitu rakyat dan kepelbagaiannya.

"Tahun ini, kami ingin menunjukkan bahawa kepelbagaian ini adalah kekuatan kita, walaupun kita semua berbeza. Dalam erti kata lain, AirAsia adalah seperti sebuah negara kecil di mana kakitangan kami yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang berganding bahu untuk memastikan kejayaannya seperti hari ini.”

Bagi meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan, tersedia untuk tempahan di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 1 September 2019 untuk perjalanan antara 2 September 2019 dan 19 November 2019.

Pelanggan juga berpeluang jimat sebanyak 5 peratus untuk tempahan hotel dengan menggunakan kod promosi AAHOTEL5 dan 20 peratus untuk Pilihan Tempat Duduk jika anda membuat perjalanan bersama keluarga atau rakan-rakan, atau pilih Tempat Duduk Hot Seat untuk menikmati ruang kaki lebih besar dan keutaaman masuk ke pintu perlepasan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.