Tulisan khat, apa masalahnya?

Diposting pada

Tulisan khat, apa masalahnya?

Tulisan khat, apa masalahnya?

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menjelang tahun hadapan mengundang bantahan masyarakat sivil termasuk ahli politik.

Pengenalan seni tulisan khat ini dibuat selepas KPM melakukan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi subjek bahasa Melayu Tahun 4 sejak tahun 2014 lagi.

Astro AWANI gariskan antara fakta dan konteks yang diharap membuka perspektif anda berhubung pengenalan tulisan jawi dalam silibus pembelajaran bahasa Melayu Tahun 4:

Apakah yang diajar ?

  • Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks bahasa Melayu. Terdapat enam muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks bahasa Melayu yang merangkumi 24 bab dan setebal 164 muka surat.
  • KPM menegaskan ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi dan tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.
  • Pengenalan tulisan khat ini hanya untuk murid Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021.
  • Murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.

Apa hujah bantahan ?

  • Beberapa pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil membantah pelaksanaan tulisan khas tersebut kerana merasakan ia tidak bertepatan dengan keperluan sebenar pembelajaran bahasa Melayu.
  • Malah mereka mendakwa ia tidak membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu.
  • Pengenalan tulisan khat juga dikatakan akan menambah beban kerja bagi murid dan kebimbangan  pengenalan tulisan Jawi sebagai langkah Islamisasi.
  • KPM diminta mempertimbangkan pengajaran tulisan khas sebagai mata pelajaran pilihan dan tidak diwajibkan kepada murid-murid.
  • Kerajaan kemudian bertuju untuk membincangkan semula perkara ini setelah ia membangkitkan keresahan segelintir pihak.

Mengapa tulisan khat dan bukan cabang ilmu lain ?

  • Tulisan khat merupakan pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • KPM memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017.
  • Di sekolah rendah ia melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) manakala untuk sekolah menengah melibatkan Tingkatan 1 hingga 3.
  • Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.

Mengapa ia perlu diteruskan ? 

  • Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
  • Tulisan jawi juga telah diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi.
  • Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
  • Malah seni tulisan khat telah diperkenal dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 untuk SJK di bawah tema ‘Menghargai Budaya Bangsa’.
  • (Rujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5  cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 di bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan)
  • Pembelajaran tulisan khat perlu demi membina identiti nasional memandangkan tulisan jawi merupakan sistem yang digunakan masa lalu sebelum tulisan Rumi mengalami perubahan  dan ia diterapkan dalam kaedah didik hibur.
  • Malah KPM dalam satu kenyataan turut menjelaskan pengenalan tulisan khas adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.