Tulang bersepah bersama berkain pelikat rupanya milik lelaki berusia lebih 20 tahun – P…

Diposting pada

Tulang bersepah bersama berkain pelikat rupanya milik lelaki berusia lebih 20 tahun – P…

Merdeka

BATU GAJAH: Rangka manusia yang ditemui di kebun getah di Kampung Changkat Belingkor, dekat sini semalam, dipercayai seorang lelaki berusia lebih 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, identiti sebenar mangsa bagaimanapun belum dapat dikenalpasti.

Menurutnya, polis telah menjalankan semakan rekod orang hilang, namun setakat ini belum ada lagi mana-mana waris tampil bagi membantu siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati, mayat berkenaan telah diletakkan di kawasan itu sejak tiga minggu lalu.

"Punca kematian belum dapat dikenalpasti kerana masih ada lagi cebisan tulang yang perlu dikesan semula di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Tengkorak dan tulang disyaki manusia dijumpai dalam kebun getah

Astro AWANI semalam melaporkan penemuan tengkorak dan tulang, dipercayai milik manusia bersepah dalam radius 15 meter di kebuh getah di tepi Jalan Bemban. 

Rangka ditemui bersama kain pelikat oleh seorang warga emas yang sedang membersihkan kebun getah.

Polis turut menemui baju, kain dan tali pinggang disyaki milik mangsa.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.