Tujuh penuntut dan seorang aktivis sertai protes ditahan

Diposting pada

Tujuh penuntut dan seorang aktivis sertai protes ditahan

Tujuh penuntut dan seorang aktivis sertai protes ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh penuntut dan seorang aktivis ditahan selepas menyertai protes di hadapan kolej pengajian mereka di Ara Damansara, Kelana Jaya, di sini petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun ditahan, selepas enggan bersurai ketika mengadakan perhimpunan pada jam lebih kurang lima petang, walaupun telah diminta berbuat demikian oleh pihak polis.

“Perhimpunan itu disertai kira-kira 50 individu dengan diketuai seorang aktivis sebuah parti politik, yang tidak berpuas hati dengan kolej berkenaan, kerana telah membuang dua penuntutnya disebabkan tidak dapat membayar yuran pengajian.

“Berikutan itu kita telah menahan tujuh orang penuntut termasuk seorang wanita dan seorang aktivis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama, pada Isnin. 

Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.