Trafik sesak 7km di Bandar Ainsdale

Diposting pada

Trafik sesak 7km di Bandar Ainsdale

Trafik sesak 7km di Bandar Ainsdale

SEREMBAN: Trafik dilaporkan sesak sejauh tujuh kilometer (km) di KM 269.9, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban pagi ini, ekoran kerja-kerja pengalihan dua lori yang terlibat dalam kemalangan, malam tadi.

Menurut jurucakap PLUS, kesesakan itu berikutan lorong kiri dan tengah, masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

"Laluan kontra juga telah ditutup. Trafik sesak 7 km," katanya di sini.

Semalam, tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM 269.9, PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Bagaimanapun, maklumat terperinci kemalangan tersebut masih belum diperoleh setakat ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan dua buah lori termasuk, sebuah lori membawa tong gas dan dua buah motosikal. --fotoBERNAMA

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.