Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual

Diposting pada

Tiket Malaysia menentang Indonesia di Jakarta sudah mula dijual

Merdeka

KUALA LUMPUR: Penyokong skuad bola sepak kebangsaan yang berhasrat menyaksikan aksi pembukaan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta pada 5 Sept ini sudah boleh membeli tiket perlawanan, yang dijual bermula hari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan, tiket untuk perlawanan berkenaan yang dijual pada harga RM112.75 boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang https://my.bookmyshow.com, iaitu rakan pengendali tiket dalam talian bagi Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).

 

Bernama difahamkan PSSI memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong skuad Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Sept ini.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.