Tiga termasuk sepasang kekasih ditangkap bersama 4,674 biji pil kuda bernilai hampir RM…

Diposting pada

Tiga termasuk sepasang kekasih ditangkap bersama 4,674 biji pil kuda bernilai hampir RM…

Tiga termasuk sepasang kekasih ditangkap bersama 4,674 biji pil kuda bernilai hampir RM25,000

GUA MUSANG: Tiga individu termasuk sepasang kekasih yang dipercayai pengedar dadah ditahan polis bersama 4,675 biji pil kuda bernilai RM24,940, dalam dua serbuan berasingan di daerah Gua Musang, Kelantan.

Tangkapan itu dilakukan di dua tempat berasingan iaitu di Bandar Utama dan Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis pada 2 dan 3 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, serbuan pada 3 Ogos lalu dilakukan ke atas sebuah kereta yang  dinaiki pasangan kekasih itu kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, pasangan kekasih berusia 20 dan 29 tahun itu menaiki kereta jenis Proton Preve sedang meronda di Bandar Utama dipercayai mahu melakukan transaksi penghantaran bagi tujuan pengedaran dadah.

“Bertempat di Bandar Utama Gua Musang, sepasukan polis telah menahan dan memeriksa sebuah kenderaan Proton Preve.

“Hasil pemeriksaan mendapati sepasang lelaki dan perempuan telah ditangkap ekoran daripada penemuan pil dipercayai dadah sebanyak 857 biji tersorok di bawah pemain (audio) kenderaan tersebut . Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebungkus plastik air ketum,” ujar Mohd Taufik.

Tambahnya, hasil saringan air kencing ke atas lelaki yang berasal dari Gambang, Kuantan, Pahang dan teman wanitanya dari Felda Aring 1, Gua Musang didapati mereka negatif dadah.

Katanya, lelaki terbabit juga mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan teman wanitanya pula tidak mempunyai sebarang rekod sebelum ini.

Sementara itu, Mohd. Taufik berkata, dalam serbuan pada 2 Ogos sekitar pukul 2 pagi pula di sebuah rumah dalam kebun di Kampung Lebur Jaya, pihak polis menjumpai 390 biji pil kuda bernilai RM7,800.

Susulan itu seorang lelaki berusia  44 tahun yang juga penduduk tempatan ditahan untuk siasatan lanjut apabila saringan air kencingnya positif dadah serta mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah.

Ketiga-tiga suspek itu masih ditahan reman sehingga 9 Ogos ini dan disiasat di bawah Seksyen 39b dan 39a (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Taufik berkata, pihaknya telah melakukan sebanyak 65 tangkapan berkaitan pelbagai kesalahan dadah dalam Op Ice Breaker pada 29 Julai hingga 4 Ogos lalu.

Katanya, daripada jumlah yang ditahan itu termasuklah 65 orang lelaki dan dua darinya wanita.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.