Tiga iPhone baharu, termasuk iPhone Pro bakal diumumkan

Diposting pada

Tiga iPhone baharu, termasuk iPhone Pro bakal diumumkan

Merdeka

KUALA LUMPUR: Apple Inc. sah akan melancarkan iPhone terbaharu mereka pada Sept 10 ini, di ibu pejabat syarikat itu di Cupertino California, Amerika Syarikat.

Apple akan menyediakan perkakasan baru dalam jangka masa terdekat. Antara perkakasan baharu termasuk iPhone "Pro".

Apple juga akan mempertingkatkan iPad dan komputer ribanya, secara besar-besaran buat pertama kalinya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Gergasi teknologi yang berpangkalan di Cupertino, California merancang untuk mengumumkan tiga iPhone baharu dalam satu majlis bulan depan.

Telefon bimbit iPhone itu berkemungkinan akan mula dipasarkan pada bulan September ini.

Ini akan membantu dari segi kewangan syarikat itu untuk suku keempat tahun ini, dan sekali gus memberi suntikan pasaran kepada Apple, yang sedang menyaksikan pasaran jualan iPhone dan iPad yang semakin mencabar sejak kebelakangan ini.

Tetapi ujian sebenar akan datang dalam musim cuti akhir tahun ini yang merupakan satu tempoh yang amat penting untuk syarikat gergasi itu terus kekal memegang pasaran telefon bimbit yang kian mencabar.

APA YANG AKAN DILANCARKAN?

Selain tiga versi iPhone baharu, termasuk salah satu daripadanya iPhone Pro, turut dilancarkan adalah satu versi baharu iPad Pro dengan kamera yang dinaik taraf dan cip yang lebih pantas.

iPad kos rendah akan didatangkan dengan skrin yang lebih besar, satu versi baharu Apple Watch, dan revolusi komputer riba MacBook Pro yang akan dinaik taraf buat pertama kalinya sejak tempoh tiga tahun ini, sumber menyatakan kepada Astro AWANI.

Selain itu, Apple dijangka akan mengemas kini aksesori audio utama, termasuk AirPods dan speaker rumah – HomePod.

Jurucakap Apple enggan mengulas.

APA YANG TIDAK AKAN DIUMUMKAN?

Apple dijangka tidak akan mendedahkan apa-apa rancangan baharu untuk perkhidmatan yang telah dilancarkan sebelum ini.

Ini termasuk penyediaan di belakang tabir untuk Mac Pro yang baharu, di mana syarikat itu telah melancarkannya pada bulan Jun sebelum ini. Selain itu, Apple TV, Mac, dan perisian Apple iOS13 serta iPad OS, dan juga perkhidmatan penstriman Apple TV+, dan perkhidmatan langganan permainan Arcade Apple juga telah diumumkan sebelum ini, dan dijangka tidak akan diketengahkan dalam pelancaran untuk tarikh 10 September ini.

BAGAIMANA PULA DENGAN SAINGAN APPLE?

Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Note 10 beberapa minggu lepas. Manakala Huawei pula akan dijangka akan melancarkan Mate 30 seminggu selepas Apple, iaitu pada 20 September 2019 ini.

Ketiga-tiga pembikin telefon bimbit terbesar dunia ini memiliki saiz pasaran sebanyak lebih 90 peratus, menurut rumah-rumah kajian teknologi Statista dan Counter Point Research.

Dan diantara ketiga-tiga mereka, Samsung memiliki saiz pasaran terbesar, diikuti dengan Huawei di tempat kedua, dan Apple di tempat ketiga.

Harga telefon bimbit 'premium' telah jatuh harga sejak kebelakangan ini. Huawei P30 contohnya didatangkan dengan harga lebih kurang RM2,500 pada waktu pelancaran, manakala Note 10 boleh diperolehi sekitar harga RM3,000 untuk unit permulaan. 

BILA IPHONE TERBAHARU AKAN DATANG KE MALAYSIA?

Apple tidak mengumumkan bila iPhone akan dipasarkan. Tetapi, lazimnya, pasaran Malaysia merupakan 'ombak kedua' selepas pasaran 'ombak pertama' mula terjual, seperti di Amerika Utara, Eropah, Jepun dan juga Singapura.

APA SIMBOLIK E-MEL UNDANGAN APPLE KEPADA WARTAWAN?

Apple kebiasaanya akan menggunakan logo yang tertera kepada e-mel undangan mereka untuk melambangkan tema kepada acara dan majlis mereka.

Pada kali ini, Apple menggunakan warna-warna 'aman' seperti hijau muda, biru muda, merah jambu, dan kuning keemasan kepada logo 'epal' syarikat itu.

Ini menggambarkan satu situasi di mana syarikat itu akan mentemakan majlis pelancaran kali ini kepada tema yang lebih 'aman' dan mesra kepada barangan mereka.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.