Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan di Triang

Diposting pada

Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan di Triang

Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan di Triang

KUANTAN: Tiga individu yang menaiki sebuah kereta ditemukan rentung dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di pekan Mengkuang di Triang, Bera dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar 6 pagi tadi.

"Kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah kereta. Impak kemalangan mengakibatkan kereta yang masih belum dikenalpasti jenisnya musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

"Mayat tiga individu itu ditemui dalam kereta tersebut selepas pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran dengan menggunakan buih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anuar berkata mayat mangsa yang masih belum disahkan identiti diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Beliau berkata pasukan bomba dari Balai Bomba Triang dengan kekuatan enam anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.