Tidak adil kenakan cukai sama bagi perkhidmatan berbeza – Tun Mahathir

Diposting pada

Tidak adil kenakan cukai sama bagi perkhidmatan berbeza – Tun Mahathir

Tidak adil kenakan cukai sama bagi perkhidmatan berbeza - Tun Mahathir

SEPANG: Kerajaan akan mengkaji semula caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang dikenakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak adil untuk caj yang sama dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada pengguna yang mendapat perkhidmatan yang berbeza.

“Semestinya, mereka (AirAsia) mengenakan caj yang rendah kepada penumpang dan kamu (MAHB) mengenakan caj yang sama kepada penerbangan tambang mahal dan rendah, ia tidak adil.

“Jadi kami akan menelitinya. Kita menilai semula struktur cukai negara untuk lebih adil kepada semua pihak. Buat masa ini, apabila bercakap soal cukai, hanya satu jenis cukai yang dikenakan kepada semua pengguna, tapi tidak semua pengguna sama.

“Kita perlu mempertimbangkannya,” kata Dr Mahathir dalam sidang media di ibu pejabat AirAsia di sini hari ini.

Sebelum ini, AirAsia Bhd mengesahkan pihaknya hanya mengutip caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM50, mengingkari warta kerajaan yang mengarahkan kutipan RM73 daripada setiap penumpang yang berlepas ke destinasi luar ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata cukai lapangan terbang sebanyak RM73 yang secara rasminya dikenali sebagai PSC adalah tidak adil kepada penumpang yang diberi kemudahan di lapangan terbang di seluruh negara, termasuk KLIA2, yang tidak setanding dengan KLIA.

Beliau akui cukai lapangan terbang Malaysia adalah antara yang terendah di dunia, tetapi beliau berkata penilaian seperti itu harus seimbang dengan perbandingan kemudahan lapangan terbang.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.