Tiada wabak influenza di Hospital Tuanku Ampuan Najihah – Pengarah Kesihatan

Diposting pada

Tiada wabak influenza di Hospital Tuanku Ampuan Najihah – Pengarah Kesihatan

Tiada wabak influenza di Hospital Tuanku Ampuan Najihah - Pengarah Kesihatan

SEREMBAN: Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali pada Isnin menafikan kononnya berlaku penularan wabak berkaitan influenza di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Sebaliknya beliau berkata kes yang berlaku adalah demam dan selsema.

"Orang ramai tak perlu khuatir. Mesej yang tidak tepat ini harus dihentikan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mesej tular di media sosial yang menyeru orang ramai memakai penutup hidung dan mulut dan tidak ke HTAN buat sementara berikutan penularan wabak influenza B.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.