'Tergamak travel agent buat begini' – Umie Aida simpati nasib jemaah terkandas

Diposting pada

'Tergamak travel agent buat begini' – Umie Aida simpati nasib jemaah terkandas

'Tergamak travel agent buat begini' - Umie Aida simpati nasib jemaah terkandas

PELAKON Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kecewa terhadap sikap ejen pelancongan yang didakwanya tidak bertanggungjawab.

Menurut Umie, dia tidak menyangka pihak terbabit sanggup bertindak sedemikian sehingga mengakibatkan hasrat sekumpulan jemaah haji dari Malaysia yang ingin menunaikan Rukun Islam kelima terkubur.

"Astagfirullahalazim.. tergamak travel agent buat begini pada jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji," tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya semalam.

Dalam pada itu, Umie turut berdoa semoga Allah memberi peluang kepada semua jemaah terbabit untuk menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.

"Semoga Allah beri hidayah pada mereka. Sama sama kita mendoakan 26 jemaah yang terkandas Allah berikan rezeki tahun depan untuk mengerjakan ibadah haji dan memberi ganjaran atas kesabaran melalui ujian ini. Amin," tulisnya lagi.

Kini, Umie dan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Terdahulu, terdapat sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah kerana kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan mereka mengerjakan haji akibat masalah teknikal pada visa haji furada yang mereka peroleh.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.