Tengkorak dan tulang disyaki manusia dijumpai dalam kebun getah

Diposting pada

Tengkorak dan tulang disyaki manusia dijumpai dalam kebun getah

Merdeka

BATU GAJAH: Tengkorak dan tulang dipercayai milik manusia ditemui di kebun getah di Kampung Changkat Belingkor, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, maklumat mengenai penemuan itu diterima daripada orang awam oleh anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis (IPB) Batu Gajah kira-kira jam 3.15 petang.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian di tepi Jalan Bemban telah menemukan satu tengkorak dan beberapa tulang dipercayai daripada manusia, dalam keadaan berselerak dan dalam lingkungan 15 meter radius.

“Terdapat juga baju, kain dan tali pinggang disyaki milik mangsa dijumpai di lokasi kejadian.

“Dipercayai si mati adalah seorang lelaki berdasarkan pakaian yang dijumpai di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan Khamis malam.

Menurutnya, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, esok (30 Ogos).

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dalam tempoh terdekat diminta menghubungi pihak IPD Batu Gajah di talian 05-362 9222 (Pegawai Penyiasat Inspektor Lukman) bagi membantu siasatan kes berkenaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.