Tabung Haji nafi jemaah meninggal dunia akibat terowong sesak

Diposting pada

Tabung Haji nafi jemaah meninggal dunia akibat terowong sesak

Tabung Haji nafi jemaah meninggal dunia akibat terowong sesak

MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat.

Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah sebelum hujan lebat melanda Mina.

"Mesej yang tular di laman media sosial ini adalah tidak benar!" kata TH menerusi kenyataan di laman sosial Facebook di sini hari ini.

 

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.