Suspek pukul remaja sehingga maut ketika keluar membeli makanan dikenalpasti

Diposting pada

Suspek pukul remaja sehingga maut ketika keluar membeli makanan dikenalpasti

Suspek pukul remaja sehingga maut ketika keluar membeli makanan dikenalpasti

IPOH: Polis telah mengenal pasti beberapa suspek berhubung kes seorang remaja 18 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, dipercayai selepas dipukul ketika keluar membeli makanan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, polis telah memulakan siasatan tetapi masih belum mengetahui motif kejadian.

“Kita telah klasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kita telah memulakan siasatan.

“Setakat ini motif belum tahu dan belum ada lagi tangkapan tetapi pada dasarnya kita telah kenal pasti beberapa suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

BACA: Remaja maut dipercayai dipukul ketika keluar beli makanan

Pada Sabtu pagi, seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta, dipercayai dipukul ketika keluar membeli makanan di Taman Silibin Ria, di sini pada Jumaat malam.

Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pagi Ahad, mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan tisu lembut akibat trauma tumpul pada bahagian kedua-dua belah tangan dan kaki serta di kepala.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.