Suspek langgar Syed Muhammad Danial dituduh esok

Diposting pada

Suspek langgar Syed Muhammad Danial dituduh esok

Suspek langgar Syed Muhammad Danial dituduh esok

SHAH ALAM: Lelaki yang melanggar Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam insiden pergelutan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi 10 Ogos lalu akan dituduh di Mahkamah Kajang esok.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Suspek sebelum ini direman selama 12 hari yang berakhir pada 17 Ogos lalu.

Dalam kejadian 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial meninggal dunia ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre akibat dilanggar suspek dalam satu insiden pergelutan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berpunca daripada kemalangan kecil antara suspek dan mangsa selepas Plaza Tol Sungai Besi.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.