Sumbat mayat isteri dalam beg pakaian

Diposting pada

Sumbat mayat isteri dalam beg pakaian

Sumbat mayat isteri dalam beg pakaian

LYON: Seorang lelaki ditangkap di Alps, Perancis semalam selepas polis menemui mayat isterinya disumbat dalam beg pakaian di bahagian bonet belakang kereta.

Semasa pemeriksaan, dua anak pasangan terbabit duduk di bahagian belakang, kata sumber.

Suspek merupakan warga Perancis dan memiliki rekod jenayah.

Dia ditahan di Doussard di wilayah timur Haute Savoie.

Kedua-dua kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun itu berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan, tambah sumber itu.

Keluarga yang tinggal di Perancis itu dalam perjalanan pulang dari Itali, kata laporan dalam akhbar Parisien.

Susulan itu, siasatan kes pembunuhan telah dilancarkan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.