Stamp Fairtex kejutkan peminat, tumpaskan Asha Roka menerusi 'submission'

Diposting pada

Stamp Fairtex kejutkan peminat, tumpaskan Asha Roka menerusi 'submission'

Stamp Fairtex kejutkan peminat, tumpaskan Asha Roka menerusi 'submission'

STAMP Fairtex membuktikan dia bukan sahaja mahir dalam sukan Muay Thai dan kickboxing, malah turut cemerlang dalam pertarungan seni bela diri campuran (MMA).

Atlet sensasi wanita Thailand itu menumpaskan Asha Roka dari India menerusi kuncian ‘rear naked choke’ pada pusingan ketiga dalam aksi ONE: Dreams of Gold di Bangkok, Jumaat malam.

Pusingan pertama menyaksikan pertarungan ‘stand-up’ di antara kedua-dua jaguh pada minit-minit awal permainan.

Asha yang merupakan juara tinju di India, mempamerkan skil tumbukan padu yang dibalas dengan tendangan lutut berbisa dari Stamp.

Pada pusingan seterusnya, Stamp mempamerkan permainan ‘ground’ yang hebat dengan menjatuhkan Asha ke kanvas, seterusnya membuat beberapa percubaan kuncian.

Di pusingan ketiga dan terakhir, usaha Stamp membuahkan hasil apabila dia berjaya mengunci Asha menerusi ‘rear naked choke’ dan memaksa lawannya itu menyerah kalah.

Dengan kemenangan MMA tersebut, Stamp, 21, yang merupakan juara dunia ONE atomweight Muay Thai dan kickboxing, mara selangkah untuk menjadi juara dunia tiga sukan.

BACA: Selepas kickboxing dan Muay Thai, Stamp Fairtex sasar kejuaraan MMA pula

Sementara itu, dalam acara utama, Ilias Ennahachi dari Belanda menewaskan peserta tuan rumah Petchdam Petchyindee Academy untuk meraih kejuaraan dunia ONE flyweight kickboxing.

Dalam pertarungan tersebut, Ennahachi menumpaskan Petchdam menerusi ‘knockout’ pada pusingan ketiga.

Dia sekali gus menjadi petarung pertama yang berjaya mengalahkan Petchdam dalam aksi ONE Super Series.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.