Sotong hasil lakaran Tun Mahathir diabadikan di teamLab Future Park

Diposting pada

Sotong hasil lakaran Tun Mahathir diabadikan di teamLab Future Park

Sotong hasil lakaran Tun Mahathir diabadikan di teamLab Future Park

FUKUOKA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sejam di teamLab Future Park di Canal City, Fukuoka bagi melihat sendiri teknologi Augmented Reality (AR) yang digunakan di taman futuristik itu.

Turut menemani beliau, isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau turut mengambil peluang membuat lakaran dan mewarna lukisan sotong yang kemudian dimasukkan ke dalam akuarium virtual.

Tun Mahathir membuat lakaran sotong sebelum ia 'dihidupkan' dalam akuarium virtual. - Astro AWANI

Hasil lakaran Tun Dr Mahathir itu akan terus disimpan di taman futuristik berkenaan.

Selain itu, teamLab Future Park turut menyajikan hiburan dan pendidikan kepada kanak-kanak melalui orkestra cahaya, Sketch Town Papercraft yang menggunakan teknologi AR.

Teknologi seumpama itu juga bakal memberi manfaat kepada pelbagai industri yang berkaitan.

Hasil lakaran yang sudah dijelmakan di dalam akuarium virtual. - Astro AWANI

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.