Slogan 'Sabahan for Sabah' hanya merujuk pada perjuangan MA63 – Mohd Shafie

Diposting pada

Slogan 'Sabahan for Sabah' hanya merujuk pada perjuangan MA63 – Mohd Shafie

Slogan 'Sabahan for Sabah' hanya merujuk pada perjuangan MA63  - Mohd Shafie

KOTA KINABALU: Slogan 'Sabahan for Sabah' yang diperjuangkan oleh parti pemerintah Sabah, Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum ini, bukanlah merujuk kepada orang luar tidak dibenarkan masuk ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebaliknya perkara itu merujuk kepada perjuangan pihaknya dalam isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang digunakan sepanjang kempen pilihan raya lalu oleh parti Warisan.

Beliau berkata, selain Sabah, beliau turut percaya negeri-negeri lain juga mempunyai slogan berlainan untuk memperjuangkan hak asal atau autonomi mereka.

"Ia bukanlah bermakna bukan rakyat Sabah dilarang masuk Sabah, tetapi slogan itu untuk MA63.

"Itu adalah tuntutan kita dari Sabah, bukan pengertian kita parokial (terbatas), negeri lain pun ada slogan dia," katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu, pada Selasa.

Terdahulu, perkara itu disentuh oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak bersetuju terhadap penggunaan slogan menggunakan sentimen negeri.

Dalam kenyataannya di ibu negara baru-baru  ini, Dr Mahathir merujuk  kepada slogan 'Sabah Untuk Rakyat Sabah' atau 'Sarawak Untuk Rakyat Sarawak' yang dilabelkan tidak baik untuk negara.

Beliau turut mengingatkan semua rakyat  adalah rakyat Malaysia dan bukanlah wilayah tertentu dengan beranggapan slogan berkenaan selalu digunakan orang politik atau  NGO sebelum ini bagi menuntut  autonomi.

Sementara itu, ketika mengulas lanjut, Mohd Shafie bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir tersebut dalam membangunkan negara ini.

"Saya setuju dengan Tun, apa yang penting apabila kita membina negara ia perlu perasaan cintakan ke arah Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap semua rakyat Sabah untuk turut membantu membangunkan negeri  ini dalam usaha menarik ramai pelabur bagi meningkatkan aspek ekonomi sedia ada.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.