Siti Nurhaliza terima anugerah Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2019

Diposting pada

Siti Nurhaliza terima anugerah Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2019

Siti Nurhaliza terima anugerah Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2019

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terpilih menerima anugerah pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100MIYE) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.

Siti Nurhaliza yang hadir mengenakan gaun berona merah hati melalui akaun Instagram miliknya menyampaikan rasa syukur atas kepercayaan sehingga membolehkannya menerima anugerah berkenaan.

Siti Nurhaliza semasa menghadiri Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh malam tadi

Lebih manis lagi apabila Siti Nurhaliza menerima anugerah itu yang disampaikan oleh ‘doktor kegemarannya’, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi platform media sosial yang sama, Siti Nurhaliza turut berkongsi beberapa keping foto dirinya bersama Dr Mahathir dengan kaspyen “My Favourite Doctor”.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My Favourite Doctor ❤️

Beliau menerusi Instagram turut menulis bahawa anugerah itu adalah khas buat anaknya, Siti Aafiyah Khalid.

Titipnya lagi, semoga Siti Aafiyah membesar menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat kepada masyarakat.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah.. Terima kasih Di atas kepercayaan ini.. The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2019 .. Anugerah di sampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia , Ayahnda Tun Dr Mahathir @chedetofficial .. Kenangan indah buat saya & anugerah ini buat anakku sayang .. Moga Aafiyah anak ibu juga menjadi insan berjaya & bermanafaat kepada masyarakat.. aaminn..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Anugerah berprestij itu diadakan bagi mengiktiraf usahawan muda tempatan yang berani, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang dan industri diceburi.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.