Sidang Parlimen ditangguh gara-gara 'bau kentut'

Diposting pada

Sidang Parlimen ditangguh gara-gara 'bau kentut'

Sidang Parlimen ditangguh gara-gara 'bau kentut'

HOMA BAY: Sidang Parlimen Homa Bay di Kenya pada Rabu ditangguh seketika susulan bau busuk dipercayai bau kentut.

Perang mulut kemudian tercetus apabila seorang anggota Parlimen menuduh seorang lagi wakil rakyat atas dakwaan 'mencemarkan udara.'

"Pimpinan majlis yang terhormat, salah seorang daripada kita telah mencemari udara dan saya tahu angkara siapa," kata wakil rakyat Julius Gaya seraya menamakan suspek, lapor BBC.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menafikan tuduhan lantas mendorong ahli Parlimen lain untuk 'berdebat' dan saling tuduh-menuduh.

"Bukan saya. Saya tidak mungkin buat perkara seperti itu di depan rakan-rakan."

Persidangan terganggu selama 10 minit apabila Speaker Edwin Kakach memutuskan dewan tidak boleh diteruskan dalam persekitaran yang berbau busuk.

Kesan bau kurang enak itu diburukkan lagi dengan haba akibat cuaca panas.

Speaker kemudian mengarahkan penyembur udara kecemasan dibawa masuk ke dewan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Ambil apa saja bauan yang ada, tak kisah sama ada vanila atau strawberi.

"Biar sarjan sembur udara untuk menyamankannya," kata Speaker. 

Bau busuk itu bagaimanapun hilang sebelum penyembur udara dibawa masuk dan Parlimen kembali bersidang.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.