Serangan bar di Mexico, 23 maut, 13 cedera

Diposting pada

Serangan bar di Mexico, 23 maut, 13 cedera

Serangan bar di Mexico, 23 maut, 13 cedera

COATZACOALCOS (Mexico): Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam satu kebakaran yang berlaku membabitkan sebuah bar, dipercayai dilakukan dengan sengaja oleh penyerang.

Serangan dipercayai menggunakan bom petrol, mengorbankan lapan wanita dan 15 lelaki yang berada di premis berkenaan ketika itu.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan serangan itu ada kaitan dengan pergaduhan antara kongsi gelap.

Bar berkenaan terletak di sebuah kawasan sibuk di bandaraya ini, di negeri Veracruz.

Ia berlaku lapan tahun selepas serangan di sebuah kasino di Monterrey yang membunuh 52 orang.

Ahli keluarga cuba menenangkan seorang mangsa yang kehilangan orang tersayang yang dikenal pasti sebagai salah seorang yang maut akibat serangan di sebuah bar di Coatzacoalcos, Mexico, 28 Ogos, 2019. (Foto AP)

Serangan pada 2011 itu didalangi kartel dadah yang dipercayai mahu mendapatkan bayaran perlindungan daripada kasino itu.

Negeri berkenaan sering menjadi medan pertumpahan darah antara sindiket dadah di Mexico yang saling bersaing antara satu sama lain.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.