Serangan balas tentera Israel tidak babitkan Batalion Malaysia

Diposting pada

Serangan balas tentera Israel tidak babitkan Batalion Malaysia

Merdeka

KUALA LUMPUR: Kejadian serangan balas roket dan tembakan artileri antara tentera Israel (Israel Defence Force) dan Hezbollah pada Ahad hanya memberi kesan kepada petugas United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) yang berada di sempadan Israel-Selatan Lubnan (Blue Line) sahaja.

Dalam satu kenyataan, Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan kejadian itu tidak melibatkan kawasan tanggungjawab penugasan Batalion Malaysia.

Walau bagaimanapun, arahan telah dikeluarkan pihak Markas UNIFIL untuk semua batalion negara-negara terlibat termasuk Malaysia melalui pasukan MALBATT 850-6 berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Buat masa ini, keadaan adalah terkawal dan mereka melaksanakan rutin operasi yang meliputi rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab dan kawalan kem seperti biasa.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.