Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan empat kenderaan

Diposting pada

Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan empat kenderaan

Merdeka

TELUK INTAN: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah lori muatan tanah di sini pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi yang berlaku di hadapan Klinik Desa Tanjung Keramat itu turut mengakibatkan sebuah kereta dan lori terjunam ke dalam parit berhampiran.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBBP) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.34 pagi.

"Kemalangan melibatkan dua buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah lori muatan tanah dan terdapat lapan mangsa terlibat dengan seorang daripadanya disahkan maut oleh pasukan perubatan.

"Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan anggota bertindak membuat pembersihan jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak kesihatan untuk rawatan lanjut.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.