Sempat bergurau 'dimakan beruang' sebelum benar-benar mati dibaham

Diposting pada

Sempat bergurau 'dimakan beruang' sebelum benar-benar mati dibaham

Sempat bergurau 'dimakan beruang' sebelum benar-benar mati dibaham

RUSIA: Seorang lelaki maut selepas dimakan hidup-hidup oleh seekor beruang ketika sedang memetik cendawan liar di dalam hutan dalam kejadian di perkampungan Suluk, timur Rusia pada Rabu.

Mangsa, Alexander Korneyev, 66, cuba melawan serangan haiwan berkenaan menggunakan pisau lipat, namun gagal sebelum ditemui maut dalam keadaan yang tragis.

Memetik laporan Daily Mirror UK, bekas pekerja binaan kereta api itu sebelum kejadian sempat bergurau dengan isterinya menerusi satu panggilan telefon.

“Saya hendak mengutip cendawan liar. Jika saya gagal hubungi semula sehingga pukul 10 pagi, itu bermakna saya telah mati dimakan oleh beruang," kata lelaki tersebut.

Menurut ahli jawatankuasa di kampung itu, Sergey Ryabov, mayat Korneyev ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

“Pisau lipat yang digunakan terpatah dua dan terdapat kesan pergelutan. Tiada satu pun bahagian tubuhnya yang tidak cedera.

“Perkampungan ini yang terletak sekitar 5,300 batu (8,500 kilometer) dari Moscow tidak pernah melihat mana-mana serangan membabitkan beruang sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, beruang berkenaan berjaya diburu oleh pihak berkuasa dengan sebahagian tubuh Korneyev masih berada di dalam perut haiwan itu.

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa telah meletakkan papan amaran agar penduduk berhati-hati untuk memetik cendawan atau memasuki hutan berkenaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.