'Selamat Hari Lahir Doraemon!'

Diposting pada

'Selamat Hari Lahir Doraemon!'

Merdeka

SELAMAT Hari Lahir Doraemon! 

Barangkali, sebilangan besar pembaca akan tertanya-tanya berapa sebenarnya usia karakter popular dalam kalangan kanak-kanak ini bukan?

Kami cadangkan, anda baca artikel ini sehingga ke akhir perenggan untuk anda membuat sendiri hitungan dan penilaian memandangkan karakter tersohor dunia ini 'dilahirkan' pada masa depan, namun sudah mula 'bernafas' sekitar dua dekad lalu.

Jika anda lahir sekitar tahun 1990-an sudah tentu anda mengenali karakter animasi popular Jepun, Doraemon yang sering disiarkan di kata televisyen setiap hujung minggu.

Tapi tahukah anda bahawa hari ini, 3 September merupakan hari kelahiran karakter robot kucing biru itu?

Kemunculannya di kaca TV dengan poket ajaib yang boleh menyimpan pelbagai peralatan canggih dari masa hadapan pada perutnya itu membuatkan semua kanak-kanak berangan-angan memiliki robot tersebut.

Merupakan karakter komik manga yang dilukis oleh Fujiko F. Fujio sejak tahun 1969, ia juga memberi harapan kepada kanak-kanak bahawa teknologi pada masa depan sangat canggih dan tidak sabar untuk membesar.

Untuk pengetahuan anda, nama Doraemon terdiri daripada dua suku kata, iaitu Dora yang berasal dari kata “Nora-Neko” yang bererti kucing liar dan Emon iaitu kata tambahan tradisional yang sering dipakai untuk nama manusia atau binatang berjantina lelaki.

Menurut sejarah pembikinan Doraemon, penciptaannya berjaya disiapkan pada tanggal 3 September 2112 (hari kelahiran Doraemon), di Kilang Robot Matsushiba dengan kod produksi MS-903.

Kod produksi (MS-903) inilah nama asli Doraemon sebagai robot, dan dengan nama ini ia dipanggil oleh pencipta robot di mana ia dicipta. (Nama ini disebutkan dalam episod ulang tahun Doraemon pada tahun 2007).

Pada abad ke-22, kilang itu mencipta pelbagai jenis robot dan oleh kerana berlakunya kemalangan pada proses produksi, ia telah mengakibatkan ketidaksempurnaan Doraemon.

Ia secara tidak langsung meletakkan Doraemon menjadi robot kelas kedua dan dilatih menjadi robot pembantu rumah tangga.

Menurut siri spin-off dari DoraemonThe Doraemons”, Sewashi (cicit Nobita) diperkenalkan dengan Doraemon dan ia menjadi robot kegemaran Sewashi.

Oleh itu, Doraemon diberi tugas menjadi penjaga bayi dan dilatih menjadi pengasuh untuk keturunan Nobita.

Dari situlah, permulaan hubungan Doraemon dengan keturunan Nobita.

Komik Doraemon terjemahan bahasa Malaysia secara rasmi diterbitkan oleh syarikat Tora Aman yang turut menerbitkan komik ini dalam versi bahasa Cina.

Bagaimanapun, syarikat Tora Aman memberhentikan operasinya pada akhir April 2017.

Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara Malaysia yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim, sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara garau dan lantang.

Di Malaysia, siri Doraemon mula-mula disiarkan menerusi di TV1 RTM pada pukul 7 malam setiap hari Ahad dan menghentikan siaran Doraemon pada 29 Disember 2002 untuk berpindah ke ntv7 pada 5 Januari 2003 (setiap hari Sabtu pukul 7.30 malam).

Selamat Hari Lahir, Doraemon!

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.