"Seiras muka bapa dia!"- Ramai puji anak Nelissa dan Ammar Alfian

Diposting pada

"Seiras muka bapa dia!"- Ramai puji anak Nelissa dan Ammar Alfian

"Seiras muka bapa dia!"- Ramai puji anak Nelissa dan Ammar Alfian

ISTERI kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam pertama kalinya mendedahkan wajah anaknya, Kyro Shakur dengan jelas.
 
Menerusi akaun Instagramnya, Nelissa memuat naik jelas wajah anaknya dengan ucapan ‘Hello World’.
 

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello World!

Foto tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji wajah anaknya kacak walaupun masih bayi.
 
“Hello handsome boy!” komen rata-rata pengikutnya.
 
“Soo cute…,” puji pengikutnya.
 
Malah tidak kurang juga yang menyamakan wajah Kyro tak tumpah seperti bapanya.
 
“Sebijik muka Ammar Alfian,” komen pengikutnya 
 
“Muka bapa dia,” kata pengikut lain.
 
Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
 
Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

Baru-baru ini Ammar menerusi media sosialnya cuba memujuk kembali Nelissa namun wanita itu kembali membongkar sikap curang Ammar ketika berada di Barcelona, Sepanyol minggu lalu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.