Saya tinggalkan Chelsea kerana 'cita-cita' – David Luiz

Diposting pada

Saya tinggalkan Chelsea kerana 'cita-cita' – David Luiz

Saya tinggalkan Chelsea kerana 'cita-cita' - David Luiz

DAVID Luiz menyatakan sebab meninggalkan Chelsea untuk menyeberang London menyertai seteru tetangga, Arsenal.

Tegasnya, perpindahan itu adalah kerana ‘cita-citanya’ untuk mengalami ‘cabaran baharu.’

“Saya lelaki yang ada cita-cita, kerana itu saya berpindah. Saya sukakan cabaran baharu dan benda-benda baharu dalam hidup saya. Itu yang memberi saya oksigen dan motivasi, juga untuk menikmati saat-saat indah ini.

“Saya boleh sahaja pilih untuk kekal di zon selesa, dapat duit dan jadi ‘cool’, itu sahaja,” katanya.

Pertahanan Brazil berusia 32 tahun itu meninggalkan Stamford Bridge selepas pengurus baharu Chelsea, Frank Lampard memberitahunya bahawa dia tidak dijanjikan kekerapan dalam kesebelasan utama.

Luiz yang merangkul enam gelaran dalam dua tempoh bersama Chelsea (pindah ke PSG kemudian kembali), dijangka menjadi watak penting dalam perancangan Unai Emery dan digandingkan di sisi Sokratis Papastathopoulos.

“Semua tahu saya gembira di Chelsea dan memenangi banyak trofi di sana. Saya berbicara secara jujur dengan Lampard, dan dia ada idea berbeza dalam pelannya tahun ini.

“Jadi cara terbaik yang boleh saya lakukan untuk menghormati kelab adalah dengan mengundur diri, cuba cabaran baharu dan berikan (Lampard) ruang dan peluang untuk menjalankan tugasnya.

“Falsafah hidup saya adalah menjadi positif dan menjadi pemimpi. Saya ada kesihatan yang baik, saya boleh bermimpi dan kami (Arsenal) boleh berjuang untuk sesuatu yang besar,” ujarnya.

Luiz membuat penampilan sulungnya dalam jersi merah pada Sabtu ketika The Gunners menang 2-1 ke atas Burnley di laman sendiri, selepas menyertai mereka pada hari terakhir jendela perpindahan EPL dibuka.

Setakat minggu kedua Liga Perdana Inggeris membuka tirainya, Arsenal menang kedua-dua perlawanan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.