'Saya tahu ramai yang marah tapi…' – Syafie Naswip komen watak kontroversi

Diposting pada

'Saya tahu ramai yang marah tapi…' – Syafie Naswip komen watak kontroversi

'Saya tahu ramai yang marah tapi...' -  Syafie Naswip komen watak kontroversi

PELAKON Syafie Naswip memohon agar orang ramai tidak membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menonton telefilem kontroversi, Demi Tuhan Aku Bersaksi.
 
Syafie membuat kenyataan itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
 
Menurut Syafie, watak Hamid yang digalasnya benar-benar mencabar kewibawaan dirinya sebagai pelakon.
 
“Sebenarnya watak ini sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pelakon, but I’m glad dengan support daripada semua aktor/tenaga kerja especially my director Kak Eyra Rahman.
 
“I’m not sure samada saya benar-benar menepati kehendak watak itu atau tidak, tapi saya cuba menempatkan dan meletakkan emosi dan rasa itu di titik tengah.
 
“Saya tahu ramai yang marah akan kehendak cerita seperti ini ditayangkan di TV, tetapi berilah ruang pada HAMID untuk meluahkan apa yang dia rasa sejak dulu.
 
“Setiap insan ingin kembali ke fasa lebih baik #demituhanakubersaksi dan ini cerita HAMID, dengarkan dan fahamilah,” tulisnya.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Sebenarnya watak ini sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pelakon, But im glad dengan support daripada semua aktor/tenaga kerja especially my director Kak Eyra Rahman. Im not sure samada saya benar-benar menepati kehendak watak itu atau tidak, Tp saya cuba menempatkan dan meletakkan emosi dan rasa itu di titik tengah. Saya tahu ramai yang marah akan kehendak cerita seperti ini ditayangkan di TV, Tetapi berilah ruang pada HAMiD untuk meluahkan apa yang dia rasa sejak dulu, Setiap insan ingin kembali ke fasa lebih baik. #demituhanakubersaksi Dan ini cerita HAMID, Dengarkan dan Fahamilah. Coming Soon (Date Belum Tahu) Di RTM

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga turut memberikan semangat dan sokongan kepada Syafie.
 
“Awak tu bagi watak apa pun menjadi!” komen @missnadiaaqilah
 
“@syafienaswip please tolong bukak kelas lakonan!!! Saya nak serap segala ilmu lakonan kau Ayie #goodjobro,” coret @akhmalnazri
 
“Goosebumps tengok this! Such powerful acting!” tulis @anis_nabilah
 
Terdahulu, watak Hamid dalam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi lakonan Syafie Naswip telah mencetuskan kontroversi selepas menjadi tular di media sosial.
 
Drama berkenaan didakwa memburukkan imej sekolah tahfiz serta mempromosikan budaya homo­seksual.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.