Sampai berdarah hidung mahu jumpa Mo Salah

Diposting pada

Sampai berdarah hidung mahu jumpa Mo Salah

Sampai berdarah hidung mahu jumpa Mo Salah

APA yang akan anda lakukan jika ternampak idola di depan mata?

Bagi peminat pasukan bola sepak Liverpool, Louis Fowler, 11, kelibat bintang sukan terkenal itu hampir membuatkannya tidak keruan.

Louis bersama adiknya, Isaac, 10, ketika itu sedang menunggu di luar Pusat Latihan Melwood pada Sabtu dengan harapan dapat berjumpa dengan bintang ternama Liverpool.

Sejurus melihat kereta Bentley milik Salah keluar dari pusat latihan, Louis berlari sambil melambai untuk menarik perhatian pemain bola sepak warga Mesir itu.

Namun dalam kekecohan itu, dia terlanggar tiang lampu lalu rebah terbaring dalam keadaan tidak sedar.

Salah yang ternampak kejadian itu bertindak berpatah balik ke arah kanak-kanak itu untuk melihat keadaannya.

Setelah sedar dari pengsan, Louis dan adiknya diberi peluang keemasan merakam detik istimewa itu.

Walaupun hidungnya masih berdarah, Louis tampak sangat teruja dapat bergambar dengan idolanya.

Gambar-gambar itu kemudian dimuat naik bapa tiri mereka ke Twitter.

“Terima kasih, Mo Salah, yang berpatah balik untuk melihat anak-anak saya selepas Louis ‘KO’ ketika cuba tarik perhatian kamu.

“Dia sangat sayang pada kamu sehinggakan rasa sakit itu terus hilang apabila kamu datang memeluk mereka,” tulis bapa tiri mereka, Joe Cooper.

Louis kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan pada bahagian hidungnya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.