Saman ciplak: Katy Perry, Dr Luke dan Capitol Records diarah bayar AS$2.78 juta

Diposting pada

Saman ciplak: Katy Perry, Dr Luke dan Capitol Records diarah bayar AS$2.78 juta

Saman ciplak: Katy Perry, Dr Luke dan Capitol Records diarah bayar AS$2.78 juta

PENYANYI popular, Katy Perry dan penerbit Dr Luke serta rakan usaha sama mereka, syarikat rakaman Capitol Records kini dalam proses untuk membayar pampasan kepada seorang penyanyi Rap, Flame.

Mereka diarahkan membayar penyanyi itu sebanyak AS$2.78 juta setelah didapati bersalah menciplak menerusi lagu dendangan Perry, Dark Horse.

Keputusan dibuat barisan juri dalam perbicaraan kes saman hakcipta oleh Flame ke atas Perry, Luke serta Capitol Records.

Barisan juri turut memutuskan bahawa lagu popular Perry pada tahun 2013 itu telah disadur daripada lagu Joyful Noise nyanyian Flame pada 2008.

Capitol Records akan bertanggungjawab membayar sejumlah AS$2.78 juta berkenaan.

Plaintiff mendakwa, lagu "Dark Horse" berjaya mengaut keuntungan AS$31 juta buat syarikat rakaman Capitol.

Ia termasuk penghasilan single serta album dan DVD.

Namun ia disangkal pihak Capitol, dengan mendakwa keuntungan bersih hanya AS$650,000 sahaja selepas menolak kos promosi dan kos lain.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.