Salam takziah, abang kepada Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia

Diposting pada

Salam takziah, abang kepada Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia

Salam takziah, abang kepada Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia

ABANG kepada pengacara popular Datuk Aznil Nawawi iaitu Azmir Nawawi meninggal dunia pagi tadi.

Menurut pengacara yang mesra disapa dengan nama Paknil ini, dia mengetahui berita pemergian arwah abangnya sewaktu berada di Terengganu dan kini dalam perjalanan pulang untuk memberi penghormatan yang terakhir.

Berita sedih itu dikongsi sendiri olehnya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

"Al-Fatihah. Abang Paknil, Azmir Nawawi telah dijemput Illahi pada 10:30 pagi tadi dan akan dikebumikan selepas solat Asar.

"Paknil dapat berita pemergian beliau ketika Paknil di Jelajah PAK21 di Terengganu.

"Paknil dalam perjalanan ke airport Kuala Terengganu sekarang dan akan terus ke tanah perkuburan sebaik tiba.

"Doakan agar roh abang Paknil dicucuri rahmat dan dihadiahkan dengan bacaan ayat suci Al-Fatihah," tulisnya.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abang Paknil, Azmir Bin Nawawi telah dijemput Illahi pada 10:30pagi tadi dan akan dikebumikan selepas solat Asar. Paknil dapat berita pemergian beliau ketika Paknil di Jelajah PAK21 di Terengganu. Paknil dalam perjalanan ke airport Kuala Terengganu skrg dan akan terus ke tanah perkuburan sebaik tiba. Doakan agar roh abg Paknil dicucuri rahmat dan dihadiahkan dengan bacaan ayat suci AlFatihah

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat meninggalkan ucapan takziah serta turut sama berduka.

Gempak mengucapkan salam takziah kepada Paknil dan keluarga.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.