Rompak barang kemas RM1 juta: Polis ambil keterangan pemandu pacuan empat roda

Diposting pada

Rompak barang kemas RM1 juta: Polis ambil keterangan pemandu pacuan empat roda

Rompak barang kemas RM1 juta: Polis ambil keterangan pemandu pacuan empat roda

IPOH: Polis telah mengambil keterangan dua pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menjadi mangsa rompakan barang kemas bernilai RM1 juta di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau di sini pada Isnin, bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, pihaknya juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

"Dua pekerja tersebut telahpun diambil keterangan dan siasatan lanjut mengenai kes rompakan itu sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, dua pacuan empat roda yang membawa empat beg berisi barang kemas dilanggar dengan sebuah lori curi, sebelum melarikan barang kemas itu dengan sebuah kenderaan lain.

Kejadian itu berlaku ketika dua lelaki berkenaan, berusia lingkungan 30-an, dalam perjalanan ke Kelantan dengan membawa barang kemas milik majikan.

Keempat-empat suspek termasuk dua lelaki lain yang bertopeng dan berparang itu kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kenderaan lain.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.